Tuesday, September 24, 2013

Apabila Singgang dan Budu bertemu..

Balik jer kerja semalam..tak menyinggah mana2..terus jer laju-laju balik sebab En Asmadi ada menanti dirumah..niat nak masak awal tp ikan baru keluar freezer..keras kejong lagi..so buat la cucur ikan bilis..memang laku cucur Umi tu..along dan abahnya berlumba-lumba makan..tak tau sapa yang menang..hehehe..

Dalam kul 6.30 tu Umi dah mula nak masak..walopon ikan tu berais lagi..paksa-paksa jugak...Resepi simple jer..singgang ikan tongkol..biasanya ikan singgang tu 2 ketul je letak..2 ketol lagi umi goreng..ikannya besar walopon 2 ketol tp dah cukup..seekor rm19..yg lebihnya bolehla masak lain..


budu
Walopon makan lauk simple cam ni..singgang+ikan goreng+budu..boleh bertambah-tambah tau!nasik duo pingge!!hohoho..kenyang perut suka hati...Dan yang boleh buat umi tersenyum panjang semalam ialah apabila si Along dah pandai makan budu!!masuk ni dah 3 kali dia makan..kalau sebelum ni macam2 alasan..hahaha..belum cuba belum tau!dah cuba hari2 mau!..tp kat rumah umi ni takde la hari2 budu..seminggu sekali je..Angah dan Aqil dah lama pandai makan..tggu si Afif pulak...

Nak cuba singgang AlaUmiSura?..sama je singgang ngan orang Kelate lain..cuma lain orang..lain caranya..
Resepi Umi:

2 ulas bawang putih-dihiris
3 hiris Lengkuas
2-3 keping asam keping
4-5 cili padi..(kalau kat kelate pakai cili besar kaler hijau)kat sini takde cili cam tu..bukan cili hijau yg biasa.
sedikit nise(nisan) dan secubit belacan-setengah org x letak..
4-5 batang Bendi

Campak jer dalam periuk semua bahan tadi(kecuali bendi) bersama-sama dengan ikan tongkol(pakai tongkol hitam lagi best-sbb lembut).Perisakan dengan garam dan penambah perisa..bila agak2 nak mendidih masukkan bendi..masak hingga mendidih..setelah mendidih perlahankan api tunggu 5 minit.lepas tu tutup..hidangkan bersama pasangannya Cik Budu dan ulam-ulam(kalau ada).

16 comments:

  1. mama tak pernah lagi makan budu kak, agak2 apakah rasanya... hihihi..

    singgang tu pulak, dulu nenek selalu buatkan utk mama...

    ReplyDelete
  2. Dulu masa kat sklh menengah sy selalu sgt kena bisul dan gatal2, so kena berpantang, kena masak singgang ni lah. Kat hostel pun mintak tolong tukang masak buat kan. Dkt utara x panggil singgang tp x ingat panggil apa... hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..ada nama lain e'..tak tau la pulak..:)

      Delete
  3. ceh ceh kongsi resepi ye.....ummph sedap ni make nga budu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap sehingga menjilat jari..hehehe..

      Delete
  4. ceh ceh konsi respi ye,,ump yum yum sedak makea nasi nga budu weyh

    ReplyDelete
  5. Zura kn klu lauk cmni zura mmg akan tambah nasik smp 3 pinggan penuh.. Serius tk tipu... Ya allah tubik air liur org kak oiii !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni boleh la gi cari ike ayo..masok singge..pah ajok kaksura skali..hehehe..:)

      Delete
  6. Tak reti masak singgang. Teringin buat but tiada masa untuk memasak, memandangkan kerja shift enam hari seminggu. Tapi selalunya, sehari cuti tu dihabiskan dengan baking atau cooking menu-menu tertentu. Seronok! Maybe later saya try ikut menu akak pula, inshaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti Nisa cuba la..senang sangatt..:)

      Delete
  7. resipi akak lebih kurang dengan resipi Ma zura. Ma zura pon orang kelantan gak.. heehhehe. cuma jarang letak nisan. hehehe

    kalo makan nasi lauk singgang + budu memang tak hingat dah. mesti makan bertambah. sedapnyeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak letak sikit jer nisan tu..kalau manis x sedap pulok..

      Delete
  8. Kita nak try lah Singgang UmiSura ni~ :D

    ReplyDelete

Umi amat hargai setiap komen anda..Tq..:)