Thursday, March 10, 2016

Kisah Afif -Teruja Menabung

Assalamualaikum ..
Kembali bersiaran petang ni. Lama sudah tak membebel kat sini..nak bercerita kisah anak bujang yang bongsu sementara ni..Sejak dah masuk sekola tadika ni..banyak jugak perubahannya..seronok pulak bila tengok perubahan yang baik..dah hafal al fatihah dan surah surah kecil yang lain juga..Al mulk pun dah 2-3 ayat..syukur alhamdulillah.

Sebenarnya Umi nak cerita satu kisah lain pasal Afif..dah lama nak tulis kat blog ni tapi masa tak mengizinkan..peram jelah ..hari ni baru boleh buat n3..Cerita ni berlaku bulan lepas..Setiap hari Afif akan bawak duit syiling ke sekolah..Cikgunya nak anak-anak murid belajar menabung..okey la tu..bagus sangat..tak banyak pun dua posen..tak kisah la berapa sen..cikgunya kata seposen pon tak pe..nak anak-anak belajar menyimpan jer..Afif sememangnya seronok..hari-hari Umi ingatkan dia bawak duit syiling..dia amik sendiri..memang umi sediakan satu  tin empat segi untuk duit syiling..kalau dia amik sendiri..selalunya dia amik banyak ..penuh tangan dia..bila kita tegur baru dia amik sikit..kalau dia amik lebih sikit pun memang umi tak kisah..cuma dia jer yang terlebih-lebih..kalau dah hari hari secekak diambilnya..memang cepat la susut duit dalam bekas tu..

Satu pagi..lepas mandi..si abah amik kan baju sekolahnya..tetiba abahnya perasan ada sesuatu dalam poket baju sekolahnya..duit rm 50..dan duit syiling yg banyak..Afiffff! duit sapa ni Afif amik?Dia diam jer tak menjawap..takut agaknya..kalau seringgit dua..memang la tak berkira ..ini 50 hengget nak..dah la dah hujung-hujung bulan..semput abah dan Umi..huhu..memang dia diam..tak nak jawap..bila umi tengok camtu..Umi cakap dengan dia baik-baik..pun masih diam jugak..bila dipujuk barula dia cakap..Abahnya pun dah cek duit dalam beg dompet dia..rupanya duit abah diambil..Niatnya baik..tapi caranya salah..anak..anak..bila masa dia amik memang kami tak tahu..mungkin malam tu..

Pengajaran bagi Afif..(Umi dan abahnya jugak)..banyak yang Umi cakap dengan dia..nak memahamkan budak 5 tahun..macam2 nasihat dan kata-kata diberi..harap dia dapat memahami..

Hari ni ..Umi tanya bawak duit tak pergi sekolah..dia cakap tak..tak payah bawa dah..tabung dah penuh..Cikgu dia cakap..nanti boleh beli mainan dan makanan...alahai anak...baguskan menabung!

alah..buat muka penat time ni..
 
                                                                    Afif dan Umi
 


6 comments:

  1. Afif sebenarnya nak cepat penuhkan tabungnya tu Sura..
    Tu yg dia ambil duit byk2..
    Tapi tu lah..
    Caranya salah..
    Elok lah tu Sura dah nasihatkan perlahan2 tentu dia faham..

    ReplyDelete
  2. Bagusnya sekolah buat menabung. Kadang dia bole ambil sendiri senang hati, cuma ambik lebih risau la untuk keselamatan.

    ReplyDelete
  3. budak2 xfaham lagi apa itu menabung..yg dia fikir nak cepat pnuhkan tabung...kita yang tua ni..slow2 mengajar n memahamkan mereka..:)

    ReplyDelete
  4. Dia nk tabungnya cepat penuh kot..budak2 kan..mesti ada rasa nak berlumba2 tu..bila jadi macam ni bagus juga sebab kita berpeluang nak ajar sesuatu pada dia..

    ReplyDelete
  5. Budak2 seusia ini memang tak faham sangat lagi...kita lah kena rajin bagitau kat mereka...bagus untuk pendedahan awal bab menabung ni..

    ReplyDelete
  6. Budak hensemn kuat merajuk hihi....
    Ibrahnya Afif dpt belajar menabung. Yang lain lain tu kita cuba terangkanlah. Budak keci, apalah yg dia paham....

    ReplyDelete

Umi amat hargai setiap komen anda..Tq..:)