Thursday, October 2, 2014

Isu Semasa..Pemikiran 20 sen..

Assalamualaikum semua..
Semoga hari ini lebih baik dari semalam..
Pertama sekali sebelum menaip lebih laju lagi umi mohon maaf sekiranya pendapat Umi salah dan tidak sama dengan kalian.

Semalam kecoh pasal isu minyak naik..Sampaikan handphone tak berhenti bunyi..ada saja yang dikongsikan di groups whatsapp..Macam-macam penerimaan..Mungkin berbeza mengikut pandangan politik masing-masing.Umi bukan nak cerita pasal politik ..cuma nak cerita tentang kesan pada naiknya minyak..ada yang cakap ..alaa 20 sen jer..(setakat itukah penerimaan kita?)Buat orang yang fikirannya panjang..pasti bukan setakat itu sahaja..dengan kenaikan 20sen(jer)..boleh kata banyak barang yang akan naik.

Peniaga-peniaga pastinya akan menaikkan harga..Nak marahkan diarang 100peratus pon tak boleh jugak..Kalau diarang beli barang naik..takkan diarang nak jual dengan harga yang sama seperti sebelumnya..

Kalau cakap pasal isu barang naik memang takkan habis..Cuma nak tekankan kat sini..cara penerimaan kita..syukurlahh.. 20 jer pon...Malaysia masih aman..Negara lain lagi mahal minyaknya..
Pergi shopping beli macam-macam boleh..takkan minyak naik 20 sen berkira?

Memang kena berkira..kalau isi minyak korang isi satu liter je ke?Harga barang-barang naik korang tak berkira jugak.?Orang tua kat kampung..orang miskin..tak terkesankah pada diarang?Pernah kita fikir kesusahan orang lain dengan kos hidup sekarang..

Rasanya tu pun dah panjang..kalau nak diikutkan..memang banyak lagi nak taip..cukuplah pemikiran 20sen Umi.Lagi pun pendapat Umi bukannya penting..setakat duk potpet-potpet kat blog picisan ni..
Korang camne?..buat dok je ker?..hehe..jangan marah...
                          Umi hari ini..pakai tudung 10 hengget jer datang kerja..
#pekadenganisusemasa#

19 comments:

  1. uni..nilai harga tu tak penting,tapi yang penting, umi gayakan dengan style,cukup manis. 20 sen untuk orang yang tak berduit memang terasa, tapi bersangka baik je la kan. keep smile

    ReplyDelete
  2. saya tiap-tiap hari pakai tudung RM7.50 & i'm loving it ;p

    ReplyDelete
  3. Bercakap pasal minyak ni mmg tak kan habis kak... tensen lah kita..kompom harga barang naik..rakyat makin terbeban... huhu
    cantik tudung kak.. suka colour dia..:)

    ReplyDelete
  4. naik ke tak naik pon..sama jer bagi cik nor..:)

    Tudung murah xkisah..janji ttp aurat...:)

    ReplyDelete
  5. Bila bahan asas yg dinaikkan harga mestilah menjejaskan keseluruhan kehidupan, tak kita yg berniaga ataupun tidak. Apa pun benda tak akan dpt tanpa digerakkan. Nak bergerak kena guna alat. Kalau bukan kereta/lori dan yg sepertinya apa lagi. Nak tunggu tenaga solar entah bila proton nak rekacipta lori/kereta solar.

    Apa yg pasti semakin tenat sebenarnya Sura. Mereka yg kaya akan semakin kaya dan yg miskin akan terus tertekan dan akhirnya kelak jurang miskin dan kaya akan makin luas. Tunggulah kalau panjang umur

    Maaf terpanjang pulak huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak..jurang tu sebenarnya dah ada..tunggu dan lihat generasi akan datang macamana..huhu

      Delete
  6. ermm..redha jela..
    kita bising2 pon ... ttp mcm tu...
    apakan daya...

    ReplyDelete
  7. penat dh sebenarnya nak sentap bila minyak naik harga. sebab sentap pon x de yg berubah.. terus naik lagi ade lah!
    kita pakat2 doa semoga rezeki kita semua sentiasa Allah murahkan. Minyak naik 20sen.. Allah kirimkan pada kita rm200.. aminnnn!

    ReplyDelete
  8. Pak pak menteri tak merasa kesan, sebab mereka naik kereta boleh claim petrol, claim tol, makan pun selalu free sebab banyak function.

    Bila rakyat mengadu, di tuduh rakyat tak tahu mengenang jasa...rakyat terus di tuduh pembangkang...

    ReplyDelete
  9. inshaAllah gaji naik subsidi pun naik mmm budak-budak masih naik sampan kesekolah, kalau buat titi untuk mereka dengan duit 20 sen ok jugakkan.

    ReplyDelete
  10. sethaun dah bape kali naik dah ni
    skun 20 sen pun dah berharga w/pun alahhhhh 20 sen..tp 20 sen tu lau simpan skit2 dah byk kut..
    mmg terkesan pd mereka yg berpendapatan rendah yg gaji 1500..850 tu tukang kebun..security..huhu
    myk dah byk kali naik..tp iols keje 6 tahun gaji x naik2 pun..iols mmg marahhh huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la..dah lama tak naik gaji..huhu..tu yg kuat berhangin ni..hihi..

      Delete
  11. semua terjejas..kena buat belanjawan baru untuk duit minyak sebulan..untuk belanja keperluan sebulan..untuk keperluan anak sebulan..
    tak dapatlah shopping moping lagi..hukhuk..akekeke..

    ReplyDelete
  12. mmg marah betul bila minyak naik lagi..tapi naik tetap naik..sabaq je la kak sura.bak kata kak sura, suara kita ni sapa nak dengar.huhu

    ReplyDelete
  13. Salam jumaat, K Sura...
    Memang terkesan juga walau naik 20sen... japgi macam2 yang naik lagi bila dah minyak naik...
    Cantik je tudung tu, K Sura... :)

    ReplyDelete
  14. Kak zai setuju pada pandangan kakzakie tapi siapalah kita nak bersuara hehe....

    ReplyDelete
  15. Sura....kita mmg le peka gak ngan isu semasa tu tp ckp banyak bukan boleh turun pun ....maleh nak kecek banyok buat perabih ayor liur ambe jer hihi....redho ajelah tak pening kepala! Bagi chance pembangkang cari modal nak bantah! Hihi

    ReplyDelete

Ummi amat hargai setiap komen anda..Tq..:)