Thursday, August 21, 2014

Sepupu dari Kuching..

Assalamualaikum semua..
Balik kerja hari selasa,belum sempat mandi Umi dapat panggilan dari sepupu belah mak..Kak Piah nak datang bawak kakak kembarnya kak shidah..Kak Shidah ni tinggal di Kuching..kira datang menziarah keluarga di semenanjung..Apa lagi Umi pun kelam kabut jugak la..rumah dah la belum berkemas..mainan Afif kalau kemas tak sampai 10 minit dah berterabur balik..bila suruh kemas..Afif nak main jawapnya..

Nasib suami tercinta ada.kebetulan dia balik awal..Umi suruhla dia beli Tom Yam..dan mee..nanti boleh hidangkan kat tetamu..Mee Tom Yam..Elok jer selesai buat apa yg patut tetamu pun datang..Seronok dapat jumpa saudara yang lama tak bersua..macam-macam kami sembang..nasib jugak kak Shidah fasih berbahasa sini..kalau cakap Sarawak ..Umi tak faham..haha..tapi Umi suka dengar ..rugi pulak tak pandai cakap Sarawak..mak kat kampung pon tak pernah ajar..dia sendiri pon kekok nak berbahasa Sarawak..

Lepas maghrib mereka bertolak balik ke rumah Kak Piah kat Taman Andalas Klang..sebelum tu ..sempat Umi amik gambar sepupu2 Umi tu..

Kak Shidah n Kak Piah

Terima kasih buat sepupu Umi yang sudi singgah di pondok kecil kami..Rasa berbesar hati bila ada yang sudi bertandang ke rumah,cuma pihak Umi yang kurang puas hati sebab tak sempat nak memasak..nak hidang makanan hasil air tangan sendiri..harap lain kali berkesempatan..

#seronok sangat bila dapat jumpa saudara jauh#

8 comments:

  1. pandai Afif cakap nak main :) pandai sura order mee tomyam..sedap tu :) kembar serupa kan, tapi duk jauh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada tetamu dan tak sempat masak sura selalu beli tom yam..mee tu beli asing...dapat banyak sikit..hehe..:)

      Delete
  2. oh kembar rupanya sepupu kak sura ni ye,,, sekali sekala jumpa sanak saudara memang best

    ReplyDelete
  3. salam kak..memang seronok bila dapat berjumpa dgn keluarga jauh2 ni..sebab bukan senang nak bersua kan.. takpe, lain kali boleh masak utk mrk.. mmg seiras muka sepupu akak ni...:)

    ReplyDelete
  4. hai kak sura..amboi2 masih igtkan dirimu pd diriku agaga
    slmat hari raya kak maaf zahir batin

    ReplyDelete
  5. Bila hari kerja ada tetamu dtg.. Memang kelam kabut juga dibuatnya sura... Okey juga idea sura ni.. beli Tomyam aje.. mee lain.. cantik sepupu sura.. kembar seiras sungguh .. tak tau mana satu kak shidah dgn kak piah tu ;)

    ReplyDelete
  6. Muka mereka pun samalah sura.
    Sesekali dtg semenanjung mestilah nak jenguk sanak-saudara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kembar seiras kak..cuma kakshidah tu sakit..matanya pun sakit..dulu sebelah jer..sekarang dua dua..

      Delete

Umi amat hargai setiap komen anda..Tq..:)