Monday, June 16, 2014

Nak Makan Babi Tu...

Al-Kisah petang semalam si abah tengah ralit berFB..Anak bongsunya ada kat sebelah tengah main..Sambil main dia terpandang Fb abahnya .Tiba-tiba dia bercakap"nak makan babi tuu.."sambil menunjuk gambar coklat Cadbury yang ada kat dalam Fb tu..Umi yang memerhati tersenyum..lantas abahnya menjawap..dah nama babi mana boleh makan...nak jugakk...balas si anak..

Petang semalam singgah 7-Eleven..Afif dah bising-bising nak tekkk..Umi pun silap bila keluar tak bawak susu botol..dah la tengah proses bercerai susu..untuk buat dia lupa..Umi suruh la Along belikan air..semuanya nak minum Slurpee..Afif nampak Cadbury..abahnya amik tanya Afif ..ni apa?jawap Afif..babi! Sudah...asal nampak Cadbury jer dia ingat babi..walopon dia cakap babi..tetap jugak cakap nak..nasib tak mengamuk kat situ..dia terpandang choki-choki kat sebelah..terus amik Choki-Choki..

Walaupun  Cadbury kira dah halal..masih ada keraguan disitu..jadi umi masih tidak dapat nak makannya ..kesian jugak kat anak-anak sebab selama ni memang dikira membesar dengan coklat tu..(termasuk Uminya yg lebih).Kat 99..siap letak surat/sijil lagi...tapi hati belum terbuka..

Entah bila kami semua akan makan Cadbury lagi pun tak tahu...hanya masa yang menentukan..cuma buat masa terdekat ini..tidaklah..

Apakah kita semua tergolong dalam kalangan orang yang peka dengan keadaan atau isu semasa?kerana sudah ada yang membelinya dipasaraya walau pon masih ada isu yang berbangkit.Paling tidak pun tunggulah sampai isu ini benar-benar reda..Tidak menyempat-yempatkah kita..? tidak juga boleh mempersalahkan orang yang membelinya..kerana mungkin mereka benar-benar yakin..bagi yang masih ragu aatau was-was semestinyalah tak boleh.

                         inilah budak yang nak makan tu...

#korang camana?dah ada yang makan ke?#Cabaran untuk ibubapa dalam mendidik anak-anak kecil dalam isu halal haram ni#nak explain lebih2 diarang bukan tahu#


 



17 comments:

  1. setakat nih masih belom yakin lah Kak Sura.
    masa gi giant haitu pon Delisha menangis2 mintak belikan coklat tuh. serba salah di buatnye bila anak menangis. nasib lah papa dia tau camner nak handle anak dia tu. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cabaran nak handle budak2 baya delisha,afif ni..kalau dah sekolah baru kita senang nak cakap..tu pun entah paham ke idok..:)

      Delete
  2. susahnya..dah tu sis eplain apa kat afif??

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa tengah hot isu ni akak ckap ngan dia..lepas ni kita dah tak leh makan lagi dah coklat tu..ada babi..babi tu kita tak leh makan..haram..tapi dia jawap ..nak jugakk..haha..maknanya tak paham la tu..hihi..

      Delete
  3. erm...susah jugak kan kak...sy pun memang dah tiada hati nak makan coklat tu... terkesan sangat ttg kes hari tu... apapun terpulang pada individu lah kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..tak de hati.. nak makan..tapi akak tengok dah ada yang mula makan...hak individu..fikiran masing2..:)

      Delete
  4. kalau dah was-was tu baik jgn teruskan kan...zura pun dah tak terliur tgk coklat cadbury..dulu beli sokmo

    ReplyDelete
  5. tak terliur lgsung sekrng ni k.sura.
    budk2 x faham sgt lg kot..

    ReplyDelete
  6. lepas kes tu, takde rasa nak makan lagi..tengok pun mcm tak perasaan je tgok cekelat tu

    ReplyDelete
  7. tak makan lagi cadbury..kalo nak makan,jenama lain..

    ReplyDelete
  8. Nama pun budak belum baligh manalah tahu lagi Sura.
    Apa yg dia dengar itu yg dia ikut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak..budak2 memang kuat mengikut...:)

      Delete
  9. sy tak ppernah mkn coklat tu kak..sy mkn coklat yg murah jer..jenama tak glemer..hihik

    ReplyDelete
  10. macanmana nak fahan coklat sedap tiba-tiba tak bole makan pula..susahkan..kenapa careless sangat bab ni..

    ReplyDelete
  11. better buat choc sendiri. puas hati.

    ReplyDelete
  12. he3 babi perginyer, comey la Afif ni...

    sy sendiri x teringin & x terbuka lagi hati nak makan cadbury... mungkin bukan sekarang & yg plng penting, bykkkk g coklat lain kan...

    ReplyDelete

Umi amat hargai setiap komen anda..Tq..:)